Penggunaan pada masakan Mustard

Mustard digunakan sebagai penyedap masakan yang mengandungi daging, khususnya daging sejuk seperti ham. Orang Perancis suka memakan stik dengan mustard Dijon yang mempunyai rasa yang kuat.

Mustard ditambah sewaktu membuat beberapa jenis sos seperti mayonis, vinaigrette dan sos barbeku. Sos untuk salad (dressing) yang menggunakan cuka dan minyak zaitun sering menggunakan mustard sebagai perasa.

Mustard tidak popular di Amerika hingga tersedianya "sos mustard" dengan rasa yang tidak pedas, dibuat dari biji mustard putih dengan tambahan pewarna kuning dari kunyit. "Honey Dijon" sangat digemari di Amerika kerana rasanya yang manis kerana dibuat dengan menambah madu pada mustard Dijon.

Salah satu jenis mustard yang disebut mustard madu dipakai untuk sandwich dan teman makan kentang goreng dan gelang bawang. Mustard juga merupakan penyedap yang tidak boleh ketinggalan sewaktu membuat hot dog.

Nilai pemakanan

Mustard, yellow
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga276 kJ (66 kcal)
Karbohidrat8 g
- Gula3 g
- Serabut diet3 g
Lemak3 g
Protein4 g
Magnesium49 mg (14%)
Natrium1120 mg (75%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Jumlah nutrien yang pelbagai dalam biji sesawi dijumpai dalam Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan USDA.[1] Sebagai perasa, purata mustard mempunyai lebih kurang 5 kalori setiap sudu teh.[2] Beberapa daripada banyak vitamin dan nutrien yang terdapat dalam biji sawi adalah selenium dan asid lemak omega 3.[3]